30 November 2013

ASRAMA

Inbox dari FANS. ( INTAN )

Cerita ni berlaku dekat aku sendiri. Aku tak tahu sama ada benda ni semulajadi, orang hantar atau mengikut. 

Cerita ni bermula masa aku tingkatan 2. Masa tu aku duduk asrama. Satu malam tu, masa aku nak tidur entah macam mana malam tu punya liat aku mata ni nak pejam. Jadinya, memang mata ni asyik melilau lah tengok sekeliling kan. Entah macam mana aku boleh terpandang 'bungkusan' yang seakan pocong dekat sebelah almari kawan aku yang berhadapan dengan katil aku. Yang peliknya sikit pun aku tak rasa takut masa tu. Siap boleh aku tenung je 'bungkusan' tu. Sama ada itu pocong atau cuma 'bungkusan' aku tak pasti. Tapi, yang pasti aku memang nampak benda tu dekat tepi almari kawan aku tengah bersandar.

Cerita seterusnya, terjadi masa aku tingkatan 2 juga. Kawan aku ajak main spirit of the coin. Masa tu kitorang 3 orang. Aku pun on je lah. Lagi aku suka main benda macam ni. Aku ni memang suka benda mistik mistik ni. Nak dijaadikan cerita. Kawan aku yang sorang ni memang tak percaya hantu hantu ni. Bila kitorang dah start main.

Tiba tiba jadi pula syiling tu bergerak sendiri. Apa lagi, kawan aku yang tak percaya hantu tu terus mengigil ketakutan lari masuk bilik. Tinggallah kami berdua je yang main. Lepas habis main spirit of the coin tu aku dgn kawan aku yg tadi tu masuk bilik masing masing. Tiba tiba gempar satu asrama yang kawan aku yang main spirit dgn aku tadi kena rasuk. Apa lagi. Kawan aku yang mulanya menggigil tadi tu pecah kan rahsia kitorang dekat warden dan aku pun kena buang asrama.

Kira lepas je kejadian pertama tu, aku memang sering dengar macam macam. Nasib baik tak nampak je.

Cerita berikutnya ni, bila aku dah tahun kedua sebagai pelajar universiti. Biasalah nak masuk tahun dua mesti nak merasa duduk menyewa dekat luar. Masuk kali ni dah 3 kali aku pindah rumah. Sebabnya rumah yang aku duduk sebelum ni semua ada gangguan. Gangguan apa tu tak payah cerita lah. Panjang sangat. Tapi, tak teruk lah. Setakat dengar dengar dan nampak kelibat je lah. Sampai satu hari ni. Kawan aku tegur. Dia kata setiap rumah yang aku pindah asalnya tak pernah pun ada gangguan. Tapi, bila aku masuk je mulalah gangguan ni ada.

Ohh ya, aku ada satu mimpi ni yang aku dah banyak kali mimpi. Kira bersambung sambung lah. Mimpi pasal aku terperangkap dekat satu tempat ni. Ada lah kisah dia sepanjang aku terperangkap tu.

Sekian sahaja cerita dari aku. Bukan nak cerita seram sangat. Tapi, cuma nak berkongsi pengalaman. Thanks sebab baca. Bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut