29 November 2013

WAJAH TENGKORAK

Inbox dari FANS ( AMIRA )

Assalamualaikum admin

Saya ada benda nak share dengan admin ni pasal asrama sy di sebuah sekolah agama swasta di Johor.Agak banyaklah kisahnya.Kawan saya ni dia suka tidur sebelah saya.Dorm kami ni 2 biji katil dirapatkan tau.

So 2 katil tu kami tidur 3 orang.Kawan saya 2 orang ni suka tidur tepi biasanya saya kat tengah.So,si Eira(bukan nama sebenar) terbangun.Eira nampak sebelah katil kami tu ada makhluk hitam berwajah tengkorak lalu sambil memandang si Eira.Lalu ghaib menuju ke pintu.

Beberapa hari sudah dia tidak tidur bersama saya dan kali ini semasa peperiksaan pertengahan bermula katanya dia nampak saya menunduk membaca di tepi tong sampah.Walhal saya tak baca buku pun masa tu.Lampu dah dipadamkan.Ini sajalah perkongsian saya.Hari lain saya pos lagi

Salam Satu Ummah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut