29 November 2013

KONDO MEWAH

Inbox dari FANS ( JUBAIDAH )

Admin ni cerita sahih dan benar di mana sebuah kondominium ternama di kawasan bandar singapura . Tapi nama nya tolong jgn disiarkan di fb atau di mana saja hanya untuk pengetahuan WPT saja. Condo ni tapak nya adalah tanah perkuburan melayu,cina. 

Pada 2010 masa itu saya ada ketua pengawal keselamatan disana. Masa saya mula bertugas disana macam macam cerita saya dari pengawal bawahan saya. Sebelum itu ada 2 kejadian di mana 2 ketua pengawal yang lalu mati semasa bertugas di sana yang mana di katakan serangan jantung.

Di kondo itu ada 3 tingkat basment carpark bwah tanah di mana tingkat pertama bilik rehat pengawal dan tandas tingkat kedua bilik rehat pekerja cleaner dan tandas di tingkat ketiga bilik rehat yang di jadikan stor spare part dan tandas yang di rantai dan di mangga dgn manga besar.

Apa yang buat saya tertanya kenapa bilik rehat pengawal tak di guna pakai walaupun ada sofa,fridge,kipas dan tv supaya dapat makan serta rehat dgn selesa jadi ada pengawal bawahan saya yang dah lama bertugas disana mengatakan dorang dah mengalami macam macam di bilik rehat seperti terdengar ketukan,hembusan nafas yang kuat, bau yang busuk sesekali munusuk hidung dan ada yang dihempap mahluk semasa tidur rehat di sofa itu waktu tengahari atau malam

Jadi utk mencari kebenaran dgn kata kata mereka saya maka saya ambil keputusan utk makan tengahari dan rehat di bilik itu. Bila saya masuk bulu roma saya betul betul berdiri dan saya mula makan tapi ada satu hembusan nafas kuat di depan saya ni buat saya berhenti menyuap dan menoleh kiri dan kanan tapi tak ada apa apa. Lepas tu saya dgr satu ketukan kuat di dinding kanan bilik rehat saya terus mengucap dan membaca surah serta angkat kaki dan berlalu pergi dari situ.

Bilik air yang berantai dgn manga besar seRta papan tanda mengatakan ada kerosakan tapi dari cerita pengawal bawahan dah 5 tahun yang lalu bilik air tu tak di benarkan di pakai untk semua pekerja dan penduduk kondo itu. Sebenarnya salah seorang anak perempuan penduduk kondo itu membunuh diri di dalam bilik air itu kerana hamil dan lelakinya tak nak bertanggung jawab. Jadi bila waktu malam pengawal yang buat rondaan di basement carpark itu mendengar tangisan atau ketawa di dalam bilik air itu dan bunyi paip air di buka.

Kondo ini juga ada east and west tower. Tapi yang paling keras west tower di mana pengawal keselamatan malam yang ditugas kan akan diganggu dgn bunyi kabinet di buka dan di tutup serta bau wangi datang secara tiba tiba. Hingga pengawal melayu terpaksa membuka surah dari mp3 player utk menenangkan keadaan dan fikiran mereka bila di tempatkan disana.

Begitu juga tiada penduduk yang akan berenang di kolam malam mandi selepas 8 malam kalau pun ada barbecue party hanya di area barbekue saja dorang duduk sampa 11 lebih malam saja. So kondo itu sepi saja dari aktivities malam. Serta sebuah unit yang di sewa murah hanya $1200-$1500 utk penyewA tapi harga sewa sana harga nya $2500-$3000 sebulan kerana unit yang nak disewa murah itu ada milik keluarga perempuan yang membunuh diri di bilik air tandas basement carpark di situ.

Macam macam benda aneh atau pelik berlaku disana yang harus di rahsiakan oleh para pekerja atas sebab tertentu. Maafkan saya admin semasa bertugas di sana saya ada rekod audio dan gambar misteri di sana tapi tak dapat saya temui di dalam data hardisk portable saya inshallah kalau saya dapat cari dan temu saya akan poskan kat admin.

**Akanku tungguuuu~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut