29 November 2013

BUKIT WANG KELIAN

Inbox dari FANS ( MAD REDZ )

Salam,

Admin saya ada pengalaman yang pernah dialami oleh saya sendiri bersama rakan2 sekerja. Kejadian nie berlaku pada tahun 2008 di atas bukit Wang Kelian, Perlis.

Pada mulanya kami berempat menunggu 1 pasukan kerja lg utk membaiki kabel elektrik yang rosak di atas bukit tersebut pada jam lebih kul 1pg.

Sambil menunggu, saya pon bercerita pada 3 rakan yang ada mengatakan sebelum ini ada kemalangan yg melibatkan bas jatuh gaung (lebih kurang 16thn lepas) kebetulan pula kami menunggu berhampiran dgn tempat kemalangan tersebut, sehingga kini kemalangan jatuh gaung @ terbabas kerap berlaku pd selekoh tersebut.

saya pon bercerita (nak hilangkan boring) sampai sekarang mayat Seorg penumpang masih belum dijumpai, padahal saya sendiri pon tak pasti samada kemalangan tersebut melibatkan kematian atau tidak.

Selesai saya cerita, dlm lebih kurang jarak 20meter, kami nampak lembaga putih (langsuir) terbang naik dr gaung tersebut dlm keadaan slow motion je. Sambil merenung kearah kami, apa lg semua pakat terdiam. Kemudian dia turun semula ke gaung tersebut. Seolah2 mcm nak jenguk kehadiran kami.

Saya pon mengambil spotlight yg ada pada kenderaan utk memastikan kalau kami tersilap tgk samada daun pokok pisang atau benar2 langsuir. Setelah menyuluh pada tempat tersebut hanya langit yg kelihatan semata2, pucuk2 daun pokok getah berada nun jauh dibawah gaung tersebut.

Apa lagi, dua dari rakan saya terus melompat masuk dlm kenderaan kelu tanpa suara. Saya dgn seorg lg rakan masih berada diluar sambil bersembang pasal kejadian tersebut sambil menyakat dua org rakan td. (Kami berdua ahli persilatan) hehehhe

selepas tue sampai la pasukan yg ditunggu2 & terus membaiki kerosakan kabel tersebut. Alhamdulillah, tiada sebarang gangguan semasa kerja2 pembaikan dijalankan & setelah sampai dirumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut