Assalamualaikum. Aku ingin kongsi pengalaman aku mengenai arwah nenek aku yang ketika itu masih hidup pada tahun 2010 di Johor Bahru. Nak jadikan cerita, (ni cerita pasal nenek aku) kejadian ni berlaku pada waktu malam di mana semua ahli keluarga yang tinggal di rumah nenek aku atau berdekatan dengan rumah nenek aku masing-masing tiada di rumah kerana ada hal yang tersendiri. Aku dan keluarga pula tinggal di Melaka.
Oleh itu, nenek aku tinggal lah bersendirian di rumah. Lagipun dia dah biasa tinggal sorang-sorang, kebetulan sejak akhir-akhir tu nenek aku kurang sihat dan terbaring di biliknya. Nak diringkaskan cerita, tiba-tiba lampu di rumah nenek aku semuanya terpadam. Mungkin blackout atau sebaliknya. Maklumlah, belakang rumah nenek aku sungai dan dengar cerita banyak juga orang buang "benda" kat sungai tu.
Masa lampu dah terpadam tu nenek aku rilex je dulu dan bangun perlahan-lahan daripada katil (kesian arwah nenek aku). Sekeliling bilik nenek aku memang gelap gelita. Masa nak bangun tu, nenek aku ternampak satu kelibat orang sedang berdiri di hadapan dia . Lembaga tu berpakaian serba hitam menyerupai pakaian org silat. Nenek aku cuba la baca apa yang patut. Nak bangun lari pun dah tak terdaya.
Bila dah baca tu, lembaga tu seakan-akan berjoget sambil bersilat. Nenek aku apalagi jerit mintak tolong. Nasib baik la masa tu pakcik aku (anak bongsu nenek aku) baru balik kerja nak jenguk nenek aku terdengar nenek aku jerit daripada dalam rumah. Dah lah rumah gelap, ditambah pula nenek aku menjerit mintak tolong. Kelam kabut pakcik aku tu masuk carik nenek aku.Tiba-tiba lembaga tu terus lesap dan hilang . Nasib baik la pakcik aku tu balik cepat dan dia pun memang berani gila. Marah betul pakcik aku bila masing-masing tinggalkan nenek aku sorang-sorang kat rumah. Pengajarannya, jangan tinggalkan orang tua yang tak berdaya duduk sorang-sorang di rumah. Selain gangguan makhluk halus, kalau ada penjenayah macamana ???
PERSOALANNYA : Siapakah yang berjoget sambil bersilat di hadapan nenek aku yang dah tua tu ?????? Moga arwah nenek tenang di sana. AL-fatihah. :')
Tiada ulasan:
Catat Ulasan