Kejadian ni berlaku dalam pukul 4am,sewaktu sy pulang dari berjumpa dengan kawan2.. biasanya sebelum sy masuk kerumah sy akan meludah dan mengibas hujung seluar jeans sy, entah macam mana malam tu sy lupa nak buat mungkin sebab terlalu mengantuk. Jadi sy pun terus terjah masuk rumah..
lampu tertutup, semasa sy tunduk nak buka kasut,Sy ternampak bapa sy sedang duduk disofa membaca sesuatu, yang peliknya apa yang dia baca dalam gelap?lampu belum saya buka. Sambil sy buka tali kasut sy pun bertanya,'ayah baca apa dalam gelap gelap ni? nampak ke?' Dia berdiam diri dan batuk sedikit, jadi sy pun masuk,buka lampu,terkejut nya sy bila pandang kesofa kelibat ayah sy hilang! Terus sy teringat yang family sy disingapura.. sy tergamam seketika dan terus kunci pintu dan masuk kebilik.
Sewaktu sy mandi, sy terdengar bunyi orang memanggil nama sy dengan sayu.. Meremang bulu roma terus sy keluar dan masuk ke bilik.lepas itu sy duduk diatas katil sambil memikirkan apa yang sy nampak tadi, sy berfikir mungkin itu adalah penunggu rumah dan kita semua pun tahu setiap rumah pasti ada penunggunya dan mungkin juga salah sy kerana tidak memberi salam masuk kerumah..jadi sy pun rebahkan diri,sewaktu sy rebahkan badan sy,bulu roma sy tegak dan sy dapat rasa,bilik sy panas dan seperti ada seseorang disebelah sy ikut rebahkan badan..
Dan yang paling menyeramkan..sy dapat rasa angin di belakang tengkuk sy seolah2 ada yang bernafas di belakang sy. Jadi sy dengan perasaan takut pusingkan kepala sy dan tidak ada apa2 disebelah sy..terus sy buka lampu dan baca ayat kursi dan alhamdulillah baru boleh lelapkan mata..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan