Memaparkan catatan dengan label Rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah. Papar semua catatan

29 November 2013

RUMAH BUDAK DOKTOR

Inbox dari FANS ( A. MOHD )

Hai WP-Team.. Okay nak share satu story.. Kisah ni diceritakan oleh member aku mase dia praktikal (medic) kat satu hospital daerah di perak.. 

Tapi kisah ni bukan pasal kat hospital.,tapi kat kampung yg diorang sewa utk penempatan student.. Member aku ni dah sampai kat kampung tu awal lagi.. N kawan dia, Amer sampai kampung tu selang beberapa hari.. Member aku ni dah pesan kat Amer, "kalau kau sampai je kampung ni, tanya je sape sape mana rumah budak budak doktor"..

So Amer ni pun confident laa n kerana terlebih pandai, pukul 10mlm baru sampai kawasan kampung.. Dia call member aku tak dpt, so dia redah je laa dulu slow slow.. N nasib baik jumpe sorang braderr.. Dia stop n turun tingkap n tanya mana rumah student hospital.. "ooo dah dekat dah bang.. Ni terus je sikit lagi.. Sampai dah. Tadi saya nampak kawan abg lalu tadi.. Diorang keluar makan kot.. "

Ooo okay.. Amer pun nak terus laa drive.. Tiba tiba ade orang jerit dari belakang.. WOIIIIIIII!!! "Ko cakap ape kat budak ni?? Yg terus tu rumah kau, bukan rumah budak ni".. Dan "MAMAT" tu cuma 'senyum' n jalan dlm semak.. Amer blur lagi.. Sampai pakcik n belia belia rukun tetangga yg sergah tu dtg n tunjuk jalan balik rumah dia yg betul..

Dan amer masih blur, sampai laa besoknya baru dia tahu yg kalau dia ikut jalan terus yg dikatakan 'mamat' tuu, terus ke kubur laa dia.. N menurut orang kampung, ape yg Amer jumpe semalam, perkara biasa bagi orang kampung.. Sebab 'dia' pernah tinggal kat kampung tuu n meninggal..

Cuma kisah dia meninggal, takde siapa pun nak ceritaa.. Tapi dia keluar, dgn muka n pakaian yg sama.. Mcm orang biasaa.. Sebab tu Amer tak sempat nak syak ape ape.. -,-

Penunggu Rumah

Kejadian ni berlaku dalam pukul 4am,sewaktu sy pulang dari berjumpa dengan kawan2.. biasanya sebelum sy masuk kerumah sy akan meludah dan mengibas hujung seluar jeans sy, entah macam mana malam tu sy lupa nak buat mungkin sebab terlalu mengantuk. Jadi sy pun terus terjah masuk rumah..

lampu tertutup, semasa sy tunduk nak buka kasut,Sy ternampak bapa sy sedang duduk disofa membaca sesuatu, yang peliknya apa yang dia baca dalam gelap?lampu belum saya buka. Sambil sy buka tali kasut sy pun bertanya,'ayah baca apa dalam gelap gelap ni? nampak ke?' Dia berdiam diri dan batuk sedikit, jadi sy pun masuk,buka lampu,terkejut nya sy bila pandang kesofa kelibat ayah sy hilang! Terus sy teringat yang family sy disingapura.. sy tergamam seketika dan terus kunci pintu dan masuk kebilik. 

Sewaktu sy mandi, sy terdengar bunyi orang memanggil nama sy dengan sayu.. Meremang bulu roma terus sy keluar dan masuk ke bilik.lepas itu sy duduk diatas katil sambil memikirkan apa yang sy nampak tadi, sy berfikir mungkin itu adalah penunggu rumah dan kita semua pun tahu setiap rumah pasti ada penunggunya dan mungkin juga salah sy kerana tidak memberi salam masuk kerumah..jadi sy pun rebahkan diri,sewaktu sy rebahkan badan sy,bulu roma sy tegak dan sy dapat rasa,bilik sy panas dan seperti ada seseorang disebelah sy ikut rebahkan badan.. 

Dan yang paling menyeramkan..sy dapat rasa angin di belakang tengkuk sy seolah2 ada yang bernafas di belakang sy. Jadi sy dengan perasaan takut pusingkan kepala sy dan tidak ada apa2 disebelah sy..terus sy buka lampu dan baca ayat kursi dan alhamdulillah baru boleh lelapkan mata..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut