nak kongsi cerita juga ni admin
Ok lar, malam dah berganjak ke subuh, dan burung-burung pun sudah berkicauan menandakan berakhirnya sepertiga malam menurut guru talaqqi ku, by the way, sebelum fajar terbit, eloklah saya cerita sedikit kisah untold story aku tentang misteri seorang wanita dekat tempat kerja aku tahun 2007..
al-kisah, tahun tu aku baru habis tingkatan 4, nak merangkak naik ke tingkatan 5 lar katakan. Maka bagi mengisi waktu-waktu cuti tahunan tue, aku pun kerjalar sebagai partimer di sebuah hotel yang cukup terkemuka di area Kota Kinabalu. Kutu-kutu tertentu tentu tau dimana aku kerja time tu sebab aku kerja pun ikut dorang. hahaha.
Begini, malam tu aku kerja shif malam, jam 4 petang start abis jam 11 malam, waktu shif aku berakhir, aku rilek kejap, memandangkan aku masih cergas dan sungguh bertenaga maka aku pun buatlar keputusan nak tambah duit sikit, iaitu dengan sambung OT aku start 11 sampai 6 pagi. Sebelum tu aku kerja bahagian banquet, sambung OT aku kerja bahagian bar.. alaa yang kerja lambung-lambung dan pusing-pusingkan cawan tu (time ni zaman muda, aku tak tau hukum kerja terlibat dengan arak, jadi pada mana-mana pak ostad, sila renung dan selidik cerita sebenar sebelum keluar fatwa tentang aku).
Aku pun ligat lar melambung punya lambung punya lambung cawan utk tarik perhatian mat-mat dan minah saleh yang ada kat bar tu. Sebijik aku rasa macam magician. tepuuuk, dorang tepuk dorang bagi duit. Aku tak buat apa pun, lontar-lontar cawan pastu isi. Nak dijadikan cerita nie, sebelum jam 6 tue, ramai pelanggan dah balik bilik (hotel). tinggal lar aku sorang sebab ada satu pekerja ni menghilang, maybe tidur dalam stor. Ok, aku masih bertenaga untuk kerja, jadi aku ambil kain dan lap mana-mana cawan yang kosong.
Lap punya lap punya lap, aku perasan kat tingkap yang tembus luar koridor (bar ni tingkat satu) macam ada orang. Aku pun peratikan jer la benda apa tu, ya mula-mula ragu ragu juga aku. Tapi bila aku tengok dengan mata betul-betul.. eh??? Pompuan dukung anak? Cuba teka, bajunya putih dan dia dukung something macam baby, tpi kain yang berbalut. haaaa... tu dia. hebat permainannya. (time ni jahil, aku tak pandai baca ayat kursi). Aku bangun, maju pi tingkap tu, buka pintu koridor. pura-pura jemur tuala, sebenarnya aku nak confirmkan benda apa tu. Sebenarnya memang pompuan pun, yang peliknya dia duduk atas pokok dan menghadap aku. Time ni aku pusing balik, ambil gelas yang belum bersusun, cepat-cepat aku kemas dan sangkut dekat bingkai tergantung (khas utk cawan).. bila bos dah datang. Dia tanya ok tak? Aku jawap ok je bha. Time ni dia membelakang pintu koridor tu, sambil-sambil berbual dengan bos aku curi pandang kat koridor tu, dah takda daa...
sekian untuk cerita yang tak berapa nak seram ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan