Malam ni aku nak kongsi cerita pasal laluan ke ODEC di belakang bukit UMS, yaa wataknya aku sebab memang aku sendiri pun yang lalui ni bersama seorang kutu, siapa kutu tu tak payah lar aku dedahkan beliau, cukup beliau membelakangi kamera dan mengimbas kembali detik-detik seram itu bersama kita semua. Lupa pula, member tu duduk belakang aku time kitorang tunggang motor... dijadikan cerita, pada tepat pukul 10.30 malam, kami berdua konon rancang nak tengok keindahan laut malam ditemani kejora bintang-bintang.. sebabnya malam tu kami tension, alaaa tension la sangat. Sebenarnya member time tu dah banyak modified motor merangkap motor aku la. Maka perjalanan kami pun bermulalah, awal-awal tu takde lar seram ana pun, biasa la lelaki.. kena lagi dengan jiwa kelajuan (ampunkan saya mak sebab selalu bawa 120km/sjam). Balik pada cerita nie, sampai saja simpang tiga antara haluan Bayu Cafe, simpang Chanselori, dan simpang ke ODEC.. di situ segalanya bermula
Prrrtttttttttttt Vrrrrrrrrrrmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Naik 60-70km/sjam, aku masih steady. Ok pastu aku ikut likuan tu yang menyondong ke kanan sikit.
Vrrrm Vrrrrrrrrmmmmmmmmmmmmm (masih bunyi enjin)
ni dah cecah 80km/sjam, aku masih steady ..dah keluar tanduk da, puas aty sebab bunyi ekzos milik kawan yg dipasang kat motor betul-betul memecahkan keheningan malam. Aku da lupa diri daa time ni, hutan kiri-kanan tu aku da imajin litar Sepang.
Vrrrrrrrrrrmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
VRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
"bro..kau perasan tak apa aku rasa"
"ya, aku praasan juga tu.. macam dah lama sangat kita belok ke kanan.."
DEMMM !! sah aku ingat aku ja yang rasa belok ke kanan tu da lama sangat, takkan dah hampir 15 minit !! ulang suara.. 15 minit !!!
Astaghfirullah, baru aku ingat hari tu hari khamis..malam jumat..
aku dengan member aku tu peratikan kat depan dan belakang jalan, bila tengok betul-betul.. eh macam ada kabus.. tiba-tiba kedengaran la dalam minda lagu puteri gunung ledang " Jika ini hakikatnya... aku serahkan jiwa dan raga ku..." sambil di tubir mata membayangkan gadis ala-ala zaman Majapahit menari gamelan.
Ok then, aku da mula seram, start situ aku putar throotle laju-laju dan pusingkan motor ke arah belakang untuk patah balik.
Buat aku berdegup nak pecah time member aku teriak..
"Yop !!! jangan pandang belakang yop!! cepat yop cepat !!"
aku ni degil sikit.. aku pandang kat cermin sisi, guest what..
aku nampak bayangan hitam seiring dengan kabus kat belakang kami. Tapi jangan risau, sebab yang alami tu aku.. maka aku pun bacalah ayatul kursi dan terus putar throotle sampai untuk pertama kalinya aku tngok meter aku dah cecah km120/sejam...
Sampai kat asrama, member aku pucat dan menangis, sebab tu la pengalaman pertama beliau disakat entah apa benda. Sebenarnya aku lagi takut sebab time koner tu aku boleh nampak benda tu macam melekat kat pemegang besi kat belakang badan motor tu haa..
Ok la itu saja untuk malam ini.
dari aku..
nasib hantu ni tak guna kuasa telekinesis pindahkan kamu orang dalam alam puteri gunung ledang tu. Bolehlah jumpa puteri kerajaan majapahit. Cara nak lawan benda ni minda dan spiritual kena kuat. Kalau korang takut korang buka ruang untuk teleport benda ni ke alam nyata.
BalasPadam