Memaparkan catatan dengan label Bongkok 3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bongkok 3. Papar semua catatan

29 November 2013

Nenek Bongkok 3

Assalammualaikum.. kisah yg saya nak ceritakan nie x der lah seram mane.. tapi ia mungkin dah biasa dengar.. kisah nie terjadi pada bulan puasa tahun lepas .. saya masih ingat lagi.. kejadian nie berlaku pada hari khamis malam jumaat.. kisah nie memang berlaku depan mata saya

waktu nie kteowg dalam pengambaran telemovie "Nenek Bongkok 3" di sebuah sekolah di kawasan sg buloh.. saya sebagai pelajar di sekolah itu dipilih oleh ckgu saya untuk menjadi extra dalam cerita tu.. nk dipendekkan cerita.. pada malam tu.. pkol 12 malam.. 

pelakon extra perempuan dibenarkan balik sebab dah x der scene.. jadi tnggal lah kami dan crew2 yg laen.. mase tu time kteowg semua rehat.. selepas tu dengar bunyi kecoh dekat set.. masa tu salah seorang pelakon utama dalam cerita tu nak mencari port untuk charge fhone.. selepas tu dye keluar pergi kat set pengambaran dan terus peluk penolong pengarah..selepas tu penolong pengarah tu tanya kat dye kenapa.. 

then dye ckp dye takot sebab dye nampak ade makhluk besar dekat tempat yg dye masuk tadi tu.. selepas tu pengarah utama cerita tu terus menarik dye untuk tenangkan dye dan menyuruh dye mengucap dua kalimah syahadah.. dan pada ketika tu dye mcm maen2.. selepas tu disuruh sebut nama ALLAH dye gelak dan sebagainya.. sampai satu tahap nie.. dye stress dan terus histeria.. 

selepas salah seorang pelakon lelaki dalam cerita tu dtg dan terus mengazankan pelakon yg kene histeria tu dan terus dia rebah.. selepas dye rebah.. seorang lagi pelakon yg menjadi "nenek" dalam cerita tu terus meracau dan mengadu kepanasan selepas dilaungkan azan dan dye juga menyebut "kau kacau tempat aku buat apa".. dalam keadaan kelam kabut tu.. saya dan beberapa extra terus balik.. 

2 hari selepas itu.. kami sambung membuat pengambaran .. tetapi di lokasi lain. saye bertanya kepada salah seorang pelakon dalam cerita tu apa yg berlaku selepas kami semua balik.. dye memberitahu bahawa pengarah di mengalami gangguan semasa di dalam kereta apabila lampu kereta tetiba on sediri tanpa dibuka,, selain itu pelakon itu juga memberitahu bahawa salah seorang crew ada nampak 1 lembaga di atas kereta pelakon itu semasa dia nak balik.. keesokan harinya kesemua crew dalam cerita tu pergi berubat kerana takut jika bende tu masih mengikut mereka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut