Inbox dari FANS. ( NUR FAZURA )
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Saya merupakan seorang gadis yg berumur 19 tahun dan masih menuntut disalah sebuah IPTA di Selangor. Sy saje nak kongsikan pengalaman sy ni. Mgkin nnti akn ada yg boring sbb cerita ni panjang sikit dan sy perlu berikan intro yg bermula drpd sejarahnya supaya tiada yg salah anggap. Hee~
INTRO :-
Sy nak tahu, ada tak siapa2 yg tahu atau pernah belajar muzik Gamelan Melayu? Kalau ada yg tahu, pasti anda tahu sejarah asal usulnya bukan? Wujudnya muzik Gamelan ni berasal dr tanah Indonesia pada awalnya. Pelbagai jenis Gamelan yg ada spt Gamelan Jawa, Gamelan Bali, Gamelan Sunda dll. Tetapi wujudnya Gamelan Melayu pula apabila Raja Riau melangsungkan perkahwinan anaknya dgn anak Sultan Johor.
Ketika itu dibawanya alat Gamelan dr Riau ke Johor sebagai persembahan dan hadiah buat kerabat Johor. Lalu alat Gamelan itu berpindah ke Selangor, Pahang dan yg terakhir di Terengganu akibat berlangsungnya perkahwinan antara kerabat diraja negeri-negeri ini (Jika ingin tahu secara detail boleh google. Heee~ Jangan marah). Nak dijadikan cerita, sy juga merupakan salah seorang waris drpd seni Gamelan Melayu ni.
Pada zaman pemerintahan Sultan Terengganu iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, baginda bersama isterinya Tengku Ampuan Mariam merupakan aktivis atau penggiat yg banyak berjasa dalam menaikkan nama Gamelan Melayu ini. Banyak ciptaan tarian dan lagu yg digubah sendiri oleh baginda dan permaisurinya. Gamelan Melayu ini hanya dimainkan didalam istana.
Tiada seorang pun rakyat biasa yg berpeluang mengenali muzik ini sehinggalah berlaku suatu kejadian yg membolehkan rakyat mengetahui tntg muzik ini. Jadi sesiapa diluar sana yg berminat, cubalah mengambil peluang ini utk mengetahui tntg muzik Gamelan Melayu tersebut kerana ini adalah warisan yg tidak akn ditenggelam zaman jika generasi muda bergiat dlm seni ini.
Sultan dan permaisuri banyak mengambil anak angkat dan salah seorang drpd mereka adalah arwah nenek saya (Pn. Adnan Abdullah) yg juga dikenali sbg Mak Nang. Nenek sy merupakan warga cina dan dibela oleh sultan dan permaisuri dr kecil lg. Ayah saya juga dilahirkan didalam kawasan istana. Nenek sy dilatih oleh permaisuri utk menjadi penari Joget Gamelan Terengganu sehinggalah beliau diangkat sebagai primadona Joget Gamelan Melayu (boleh check kt google atau mana2 sumber lain). Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Makcik2 sy, sepupu2 sy semua mengikut jejak langkah nenek sy iaitu menjadi penari Gamelan Melayu. Sy sahaja tidak menjadi penari kerana badan sy pun bukanlah kecil. Hehe~ Tetapi sy mengikut jejak lgkah ayah sy. Ayah sy merupakan pemain muzik Gamelan Melayu dan juga merupakan salah seorang waris yg tertua yg masih ada. Nama beliau ialah Othman bin Abdullah (boleh check kt google. hehe jgn marah k). Ayah sy juga merupakan pensyarah sambilan dibeberapa buah institusi pengajian spt ASWARA, UM, IKN dll.
Dah ada yg mengantuk eh? Haha! Kan sy dh ckp, cerita sy agk boring sbb kene belajar psl sejarah dulu. Hehe. Takpe. Anggap shj sebagai pembelajaran dan pengetahuan. Jadi kisahnya bermula begini ~~~
Tak silap sy perkara ni berlaku dlm tahun ini juga. Pada setiap hari Rabu, ayah sy akn mengajar di sebuah institusi pengajian di Rawang (rasanya kene rahsia kot tmptnya). Kawasan tu pula mmg kawasan tanah panas sbb byk hutan kt situ. Kelas bermula pukul 8.30malam. Biasanya sy akn ikut teman ayah sy pergi mengajar kt situ. Bukan shj kelas Gamelan, tp masih ada lg kelas lain spt Kompang, Tarian, Dikir dll. Boleh dikatakan semua kelas ni mcm koko diorang lah. Saya pn suka ikut ayh sy mengajar sbb kdg2 sy pun bantu pelajar2 dia semasa belajar.
Tmpt kelas gamelan tu dalam sebuah bangunan. Masuk shj pintunya terdapat mcm satu ruang yg sy panggil ruang tengah. pintu sebelah kiri ada satu bilik iaitu bilik kelas gamelan dan sebelah kanan bilik kelas kompang. diruang tengah tu ada dua sofa panjang sebelah kiri dan kanan pintu masuk td. di dalam bilik gamelan, masuk shj pintunya ada banyak kerusi yg disusun disitu. alat gamelan pula terletak diatas pentas yg berada didepan sekali. so bila je masuk kita akan lalu dulu semua kerusi2 tu baru smpai pentas kt depan. bilik ni boleh dikatan mcm dewan kecil lah.
Kelas pn berjalan seperti biasa. sy hanya duduk diatas kerusi memerhatikan pelajar2 itu mendengar ulasan ayh sy. ada seorang pelajar perempuan ni, sy gelarkan dia sbg "A" jelah. sy tengok dia ni takboleh duduk diam. sekejap duduk kt instrument yg dia main. sekejap turun bawah duduk kt kerusi2 tu. smpailah dia duduk kt barisan yg sy duduk tp selang beberapa buah kerusi. sy perhatikan dia, jari kaki dia mcm ditarik2. dia mcm menahan sesuatu. lepastu jari tangan pulak mcm ditarik2. nmpk mcm dia menahan sesuatu lah. dalam hati sy, sy ckp lah "jangan sampai benda lama jadi balik sudahlah". lepastu kawan dia dtg kt dia. mcm ckp2 something. sy tak dengar. then lepas dia habis ckp, sy tanya kawan dia tu, kenapa dgn si "A". kawan dia ckp, dia tak sihat. sy pon "ohh. suruh jela dia balik bilik dia". kawan dia ckp dia dh suruh tp si "A" ni taknak. Saya pon okay jela.
tetiba je, si "A" ni lari keluar smbil tutup mulut. mcm org nak muntah. dia keluar gi toilet sbb mmg dia nk muntah. so sy pon expect laa dia mmg tgh sakit. sy pon smbung balik tgok ayah sy mengajar. tetiba ada seorang student lari dr luar masuk ke dalam then terus bisik kt ayh sy. dia kata mcm ni "cikgu, berenti sekejap. ada budak buat hal". saya terus pandang kt pintu (pintu tu pintu kaca, so boleh nmpak luar), sy tgok budak perempuan td tu dh terbaring2 smbil mengilai2 kt luar. dia menari2. sy pon terus lari keluar. bdk2 yg tengah belajar kt dlm tu pun sebok2 jgk nk tgok. semua student keluar tgok, budak kompang pon sekali. ayah sy pon keluar jgk tgok. ayah sy gi pujuk si "A" ni suruh diam and bangun. sy pulak suruh semua student masuk balik dlm kelas and duduk kt instrument masing2. time tu bdk2 perempuan semua dh takut and ada yg pasang surah2 kt hp. yg budak laki semua keluar tolong si "A". masa sy halau bdk2 perempuan masuk kelas balik, ada sorang bdk perempuan ni yg sy gelar si "B" pulak. dia ni degil, sebok jgk nak tgok. sy marah lah dia, sy suruh dia masuk. pastu dia pon masuk.
bila semua dh masuk, sy, ayah sy, budak2 laki and warden ada kt ruang tengah tu. Si "A" tu melawan2. org suruh bangun, dia menari2 smbil baring pastu mengilai2. time sy tengok tu mmg bajet2 berani lah. padahal lutut dh getar. sbb benda ni first time sy tgok depan mata and tahap yg kritikal lah. si "A" ni tak bangun2 lg. yg lelaki semua angkat lah dia. time tu yg angkat dia, lebih drpd 10 org. byg kan jelaa berat dia mcm mana.
padahal budak tu pendek and kurus je. masa bdk2 laki tu angkat dia sbb nk baringkan dia ats sofa panjang yg ada kt situ, dia meronta2, tendang2 kaki dia. padahal brp org dh pgg kaki dia. mmg kuat dia tendang. smbil tu dia menjerit2 "aku nak menari!! gamelan, bunyilah!!! gamelan!!! aku nak menari!!!". sy dengar je dia ckp mcm tu, amek kau, terbeliak mata sy tgok. tp masih bajet cool lg. sy pon gi dekat dgn si "A" tu.
masa dia baring ats sofa tu, bdk2 laki masih lg pegang kaki dan tangan dia. sampai dia maki2 bdk2 laki tu, "sakit lah bodoh! lepaskan aku!". then ada lah senior dorang ni, namanya Awe. awe ni gi kt si "A" tu, dia tanya "mu nok gapo?!! mu kuor skrg!!". then si "A" tu jawab, "aku nak menari lah bodoh!". fuhhh! mmg seram lah. sementara baringkan dia tu, dorang tgh tunggu van utk hantar si "A" tu berubat mlm tu jgk. sementara tu, sy masuk balik dlm kelas tgok bdk2 perempuan yg lain. dorang semua duduk ats pentas tu. baca2 surah semua smbil pelok2.
tetiba je, yg bdk si "B" td tu menjerit smbil nangis. sy pun tak pasti dia nangis ke jerit. tp mmg seram lah. semua bdk yg ada kt situ terus lari turun duduk kt kerusi2 tu.si "B" dh terbaring2 meronta2. sy dgn kawan2 rapat dia terus pelok dia and tenteram kan dia. dia cuma nangis and pejam mata. kwn dia letakkan hp yg terpasang dgn surah2 kt telinga dia. then dia tenang tp stil nangis and pejam mata.
sy pun keluar balik nk tgok si "A". van pun dh smpai. dorang semua angkat si "A" tu utk masukkan dia dalam van. bayangkan, lebih 10 org yg agkt dia. setiap sisi badan dia ada org pgg utk agkt dia. smbil agkt dia tu, dia still tendang2 n menjerit yg dia nk menari lg. lepas masuk dlm van, dorang terus gerak. then bdk2 yg ada dlm kelas td terus keluar and nak balik hostel masing2. si "B" still pejam mata tp masih waras lg lah. dia nangis2 jgk.
dia pon nk balik hostel, ada 2 org kawan dia pimpin dia. bdk2 laki pon berpecah sbb nk jaga laluan bdk perempuan nk balik hostel sbb laluan tu mmg gelap. mmg bagus ar bdk2 laki tu, still mengawasi sbb takut ada pape jadi. sy dgn ayah sy pon dh nk balik. masa sy baru je nk masuk kereta, bdk perempuan yg teman si "B" tu balik hostel, tetiba2 lari ke arah sy smbil jerit and menangis. sy pon terkejut lah, terus dia pelok sy. sy pgg muka dia, tanya kenapa ttbe dia lari and menjerit. dia jawab, "dia bukan "B"! sumpah dia bukan "B"!!!" dalam hati sy, mgkin dia nmpk "benda" lain kot. lepastu dia dh ok, dia gerak balik dgn member yg lain. sy pon gerak lah balik rumah jgk. malam tu mmg takboleh tido bro. berpeluh2 tido. tp berbekalkan surah2, akhirnya tido jgk.
hari Rabu minggu depannya, sy dtg lg ikut ayh sy mengajar seperti biasa. saya pun tanya dgn senior dorang yg perempuan yg baik n rapat dgn saya. sy tanya, mcm mana keadaan bdk si "A" tu. apa ceritanya. senior tu jwb, "masa kitorang bwk jumpa ustaz tu, dia still meracau.
ustaz tu ckp, ada 5ekor kt dlm bdn dia. padanlah berat semacam. salah seekor 'benda' tu ketua dia. ustaz tu tanya nama dia sape, katanya Suriati something lah. and dia datang dr Indon. ustaz tu pujuk 5ekor tu keluar. yg 4ekor tu mmg keluar dgn sendiri lepas ustaz tu pujuk2. tp yg ketua dia ni taknak keluar. last2, ustaz tu terpaksa sembelih si ketuanya tu. baru si "A" tu nmpk ok sikit.".
Saya pun dgr citer senior tu, agak wowww jugak lah. and senior tu ckp, lepas je kejadian hari rabu tu, setiap hari ada je yg histeria kt hostel perempuan. senior tu pulak ketua hostel, dia ckp berapa hari tak tidur sbb handle bdk2 hostel dia. HARI-HARI ada je yg kene. smpai hari ahad. sy pun kesian kt dia. nmpk mcm tak cukup tidur. masa tu, si "A" dan si "B" tak dtg kelas. sbb still tk sihat lg. tk lama lepas tu dorang dh ok.
menurut cerita ayah sy, zaman dulu punya permainan seni, mesti ada yg memuja2 dulu sebelum majlis berlangsung. sama juga spt seni lain, cntohnya kuda kepang (taksilap sy). ayah sy kata, masa tu dia budak2 lg, dia sempat disuruh oleh org tua dlm istana utk bawak kemenyan keliling balairungseri. katanya utk pagarlah. sy pun kurang faham.
tp yg sy tahu, ayah sy cerita, kalau nenek saya menari saje, dia takkan sedarkan diri. mcm ada sesuatu yg msuk dlm bdn nenek sy. jika ada salah seorang pemain muzik yg salah ketuk nada, nenek saya akn peka dan akn memarahi pemain muzik itu dlm keadaan tidak sedar dan sambil pejam mata. menurut ayah sy lg, utk sedarkan kembali nenek sy drpd terus asyik menari, dia perlu minum air yg dh dijampi.
tp nenek sy panggil air tu sbg "air wangi". alat gamelan yg asal di istana pun ada pantang larangnya. sesiapa je yg tersepak, atau terlangkah alat tu, alamatnya ada yg bakal jd pd dia. kaki bengkak lah, demam lah. tp semua tu dah tak ada pd zaman sekarang. jgn risau. hehe~ cuma kita perlu menghormati dan menghargai semua warisan ini. apabila mendengar sejarah keluarga sy, sy rasa amat bangga kerana darah yg mengalir dlm bdn sy merupakan darah seorang seni. ayah sy tidak mahu sy menjadi seorang ahli seni. dia mahu sy lebih berjaya drpd dia. dia tidak pernah mengajar sy bermain gamelan.
tp sy boleh bermain muzik gamelan dgn sendiri. dgn melihat dan mendengar shj. jika sy tersalah ketuk, baru ayah sy dtg betulkn. sy terlibat dgn persembahan gamelan seawal sy berusia darjah 5 dan sy bermain bersama kumpulan profesional. apa boleh buat, darah sudah ada. tp sy tetap mengikut kehendak ayah sy. muzik hanya utk sambilan shj. tp sy akn tetap memperjuangkan seni Gamelan Melayu ini supaya ia tidak ditenggelam zaman.
sy harap, dgn penceritaan sy ini, tidak akn ada yg salah faham. mgkin ada fakta yg tidak betul kerana sy tak beberapa ingat. tp seingat saya begitulah ceritanya. jika ada yg tidak betul, maafkan saya. dan maafkan saya juga kalau ada yg boring membaca cerita dan pengalaman saya. harap tiada yg beranggapan negative terhadap penceritaan sy ni. akhir kalam, saya berharap generasi muda dapat mengenali lebih dekat tentang sejarah seni kebudayaan org melayu spy ianya tidak tenggelam. maafkan sy jika ada yg kurang menyenangi dgn cerita saya. hanya sekadar kongsi sejarah, pengetahuan dan pengalaman.
*Kan aku dah cakap pasal sejarah.