Memaparkan catatan dengan label Kakak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kakak. Papar semua catatan

29 November 2013

Kakak Berbaju Kebaya

Peristiwa ini berlaku lebih kurang setahun lepas. Kami sekeluarga menghantar ayah saya untuk berubat kerana ada penyakit. Kami bergerak ke Rawang dah sampai dalam pukul 9 , selepas selesai berubat kami ingin pulang ke rumah ketika itu jam menunjukkan pukul 1 pagi. Rumah pakcik tu ada simpang keluar. Bila dekat simpang keluar tu ada seorang 'kakak' berdiri. 

Kakak itu berbaju kebaya dan memegang beg rotan sambil tgn sebelah memegang payung kubur. Mula-mula saya yang perasan akan kehadiran 'kakak' itu kerana saya duduk di tempat duduk penumpang depan , mak saya yg pandu dan ayah serta adik-adik duduk di belakang. Jadi saya pun tegur , sbb saya tak fikir apa-apapun ; "Apalah kakak ni buat malam2 tunggu bas ke apa ? Haha" lepas saya tegur satu kereta diam . Tiba-tiba ayah dekat belakang pasang surah2 di telefon. 

Mak saya memandu laju , memang rasa semacam dengan keadaan jalan yang sunyi sepi. Bayangkan pukul 1 , memang sunyi . Bila dah rasa macam okay , mak saya cakap "Kau tengok tak muka perempuan tu ?" saya jawab "Tak nape?" "Muka dia mekap macam org lama lepastu dia pandang scary kat ibu macam marah je" lagipun lepas difikirkan mana ada wanita keseorangan yang berdiri malam-malam dan berpakaian sebegitu rupa ? Mungkin dia marah sebab dia sebab dia tak dapat tumpang sebab kereta penuh. Alhamdulilah tak ada apa yang terjadi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut