Inbox dari FANS ( ROCK )
Assalamualaikum Admin Wujud (Paranormal Team).
Kisah ni berlaku beberapa tahun dulu di sebuah institusi pengajian tinggi di utara tanah air. Ketika itu pusat pengajian ini masih dalam proses pembinaan dan aku merupakan salah seorang yang terlibat dalam projek berkenaan. Tapak asal pusat pengajian ni adalah bukit dan berhutan. Maksudnya x ada manusia yang tinggal di kawasan ini sejak dulu sehinggalah di buka untuk projek pembinaan ni. Kisahnya bermula dengan kejadian yang dialami oleh para pekerja networking. Memandangkan pda masa itu, tarikh siap pembinaan hampir tamat, para kontraktor berusaha untuk menyiapkan bangunan termasuk bekerja di waktu malam.
Sebelum ini, beberapa pekerja mereka dah mendengar cerita tentang usikkan dan gangguan dari pekerja yang lain tapi mereka ni x endahkan. Yelah kerja overtime banyak, rugilah kalau x buat kan. So satu malam ni lepas diaorang buat kerja dalam jam 12.30 malam camtu, berkemas la nak balik. Seorang pekerja ni nama dia Lan, tengah kemas drill dan wayar extension untuk disimpan.
Sampai ja kat drill tu, drill tu hidup sendiri (drill tu benda yg tebuk lubang di simen tu) so Lan ni marah la dekat geng kerja yang lain, kenapa dibuka elektrik lagi dah stop kerja dah. So dah Lan cakap camtu, geng2 yang lain datang tengok, kira ramai2 tengok drill tu sambil tengok Lan yang tengah gulung wayar extension tu. Macam tergamam dan kaku, tiba2 sorang tu tanya Lan, macam mana drill tu boleh hidup sedangkan plug dah cabut dan Lan tu yg cabut dan gulung extension tu. Lan yang masa tu baru tersedar, diam dan drill tu pun mati sendiri.
Kemudian satu lembaga putih muncul betul2 tepi Lan so diaorang semua lari lintang pukang tinggalkan semua barang yang ada kat situ. Esoknya aku hairan la bila tengok semua perkakas dan peralatan diaorang ada lagi kat bangunan tu. Tengahari tu, bila pekerja networking tu datang baru aku dapat tahu cerita sebenarnya.
Kira2 3 bulan selepas kejadian tu, seorang pekerja kontrak warga myanmar mati kena sembelih dengan rakan dia sendiri ketika buat overtime jadi jaga bangunan terbabit di waktu malam. Pihak kontraktor nak jimat, upah dengan overtime dekat diaorang so x perlu banyak keluar duit cari pengawal yang baru. Masa ni bangunan masih dalam proses ujian mekanikal, elektrikal, bomba dan sebagainya so memang banyak equipment yang mahal dah ada so kena ada pengawal la untuk elak dari kecurian.
Aku x bkesempatan untuk pergi melihat kejadian tu sebab aku kena outstation masa tu. Cerita kejadian ini pun rakan sekerja aku yang ceritakan. Katanya si mangsa ni mulanya bperang mulut dengan suspek atas sebab x diketahui. Kemudian suspek tidur di ruang lapang (bilik penyambut tetamu) sementara mangsa tidur di bilik kawalan CCTV bsebelahan dengan ruang tu.
Suspek dikatakan diganggu ketika tengah malam dan menyangkakan perbuatan rakannya. Dah x puas hati dari awal mungkin, suspek pergi marah dekat rakan dia ni (mangsa) menyebabkan mangsa memaki hamun suspek. Suspek kemudiannya beredar dan pergi ke rumah kongsi mengambil parang.
Perbuatannya disedari oleh seorang rakannya. Rakan suspek yang x sedap hati, mengajak seorang lagi pekerja kontrak meninjau bangunan dan bil mereka sampai suspek dah pun siap sembelih dan memamah telinga mangsa yang dipotong. Aku juga difahamkan suspek mengamal ilmu hitam dan seolah-olah dirasuk ketika kejadian tu berlaku.
Selepas pusat pengajian ini dibuka, macam2 cerita sampai di telinga aku antaranya pelajar yang ,mengikuti kelas malam gagal mencari tangga untuk turun (bangunan 3-4 tingkat), pelajar histeria, pensyarah melihat kelibat orang mencuci tandas jam 10 malam dan paling seram ada satu kelas ni dalam 30 orang study kat kuliah waktu malam kemudian bila kelas bermula sorang pensyarah (kawan aku sendiri) ni menyedari ada lagi 3 orang berada kerusi paling belakang muka ditutupi rambut panjang. Kemudian dia yang dah tahu, menyuruh semua pelajar pulang melalui pintu depan kuliah dengan memberi alasan dia kurang sihat malam tu.
Tetapi malangnya seorang pelajar perempuan ni toleh belakang dan nampak, terus histeria seorang demi seorang. Sehingga kini dia cakap masih ada gangguan walaupun dah dipanggil pengamal perubatan untuk pagar kawasan pengajian tu. Maklumlah tapak bukit memang ada la penghuninya sebelum ni. Aku rsa cukuplh setakat ni walaupun masih berkarang lagi aku nk taip hehe..
terima kasih Wujud Paranormal sebab wujudkan page sebegini. Bukan hanya berkongsi kish seram semata-mata tapi juga ilmiah kepada semua pembaca. Syabas diucapkan.
*Sama2*