Memaparkan catatan dengan label Saka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saka. Papar semua catatan

29 November 2013

Saka Nenek

Salam admin, cerita ke empat dr aku ni is berkenaan dgn nenek aku. Kalau korang nk tau masa dia meninggal umur dia 102 tahun. 

Ok, berbalik pada cerita dia, cerita ni jadi dlm tahun 2005 time tu umur dia genap 100 tahun, nenek aku ni bila malam je kuat makan, 2-3 pinggan dia makan, kekadang tu dia leh tanya mak aku mana nasi dia lapar, kekadang tu pulak, time aku balik dlm kul 10 camtu, aku nk masuk umah, dia leh cakap, shila sapa kawan kau kt belakang tu, jemput la dia masuk sama, padahal aku sosorang je balik umah, bila aku toleh xda sapa sapa, nenek aku ni satu peel, dia x suka tido dlm bilik, dia suka tido kat hall, kata dia sejuk, kt hall kami pulak ada aquarium ikan yang sederhana besar. 

Ada satu kisah yg aku x akan lupa pasal nenek aku ni, satu malam tu time dia tido kat hall, aku dengar benda bising, bunyi cam benda pecah, disebebkan bilik aku dekat dgn hall, aku lah yg first dgr, aku lari la keluar takut perompak pecahkan tingkap ke apa, alangkah terkejut nya aku time bukak lampu hall tu, nenek aku tengah duduk tengah tengah hall dgn kepala berlubang penuh dgn darah sbb dia terjatuh and terhantuk kat aquarium tu, ikan ikan kat atas lantai smpi mengelupur mati. 

Kat hall tu penuh lopak darah and nenek aku boleh duduk relax sambil lipat selimut. Bila aku jerit sebab terkejut, nenek aku cakap, takpe la shila, nanti nenek bayar balik bekas kaca yg dah pecah tu, kat muka dia xda riak sakit atau panik pun. Aku pn lari pegi bilik bapak aku panggil dia. Bapak aku pn bawak pegi clinic and lepas pada tu kami panggil ustaz sbb kami tau pada umur 100 tahun nenek aku kuat semacam. Ustaz ckp mmg nenek aku ada saka, saka nenek aku is panglima yg akan jaga keluarga kami. 

Selepas 7 hari berubat, saka tu pun keluar (aku rasa lah dia kuar, tak tau pegi mana dah) and few years after tu nenek aku pun meninggal dunia. Sampai sekarang x tau sebenarnya yg hidup tu nenek aku ke saka dia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut