Assalamualaikum WPT. Saya mahu kongsi cerita saya. Kejadian ini berlaku pada tengah malam. Saya adalah seorang yang selalu bangun tengah malam.
Nak dipendekkan cerita, pada suatu malam beberapa bulan yang lepas saya tertidur tanpa membaca doa tidur. Saya bangun tengah malam lalu berasa sangat panas. Masa tu bilik saya pasang kipas jer. Dengan badan yang diselimut dengan tebal saya cuba untuk bangun.
Tetapi terasa badan saya kejung. Semasa saya bangun saya berpaling ke arah kanan. Saya cuba untuk berpusing ke arah kiri tetapi badan saya tak boleh bergerak. Saya terus berfikir tentang hantu di sebelah kiri saya. Selepas itu, secara tiba2 saya terasa ada benda jatuh di sebelah kiri saya.
Rasa sama seperti kita lompat atas katil. Dengan iman yang tinggal cuma sikit lagi saya membaca al fatihah di dalam hati kerana saya tidak boleh mengeluarkan suara. Setelah beberapa minit berlalu, badan saya sudah tidak kejung dan terasa sejuk badan. Wallahualam.