Memaparkan catatan dengan label Tok Wan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tok Wan. Papar semua catatan

29 November 2013

Arwah Tok Wan Kembali

Assalamualaikum pembaca pembaca setia WPT. 

Ini bukanlah kronologi Bunian di Hulu Langat. Tetapi ianya berlaku di tempat yang sama. Seperti yang semua pembaca sedia maklum, arwah atok sudah lama pergi meninggalkan kami. Namun sebelum pemergian beliau, saya dan abang di ajarkan bagaimana untuk mengenal apa itu hutan dan laut. Apa panduan jika ke hutan dan apa panduan jika ke laut. Kerana, pada fahaman arwah atok.. Tiada wujudnya hantu melainkan jin dan syaitan. Dan pada kebiasaanya jin yang selalu memainkan peranan dalam menganggu kita manusia dengan lebih drastik. Sejak dari peristiwa kenampakkan susuk jin bersama arwah atok, semuanya bagaikan tiada penghujungnya.

Ceritanya begini.. Sewaktu selesai penkebumian arwah atok, kami sekeluarga teramatlah sedih.. Kehilangan arwah wan amatlah kami rasai. Kerana semasa hidupnya, walaupun arwah tersangat garang.. Namun kasih dan sayang kepada cucu cucunya tidak berbelah bagi. Pada malam itu, sesudah selesai solat isyaq, kedua orang tua kami sepakat untuk turun ke rumah batu di belakang, maka tinggalah saya dan abang berdua di rumah kayu. Ujian datang tidak mengenal waktu. 


Sewaktu kami berdua ingin melelapkan mata, kelihatan akan susuk tubuh berjubah berbalut putih dan menutup kepalanya seperti pakaian seorang haji yang pulang dari mekkah. berdiri dan tersenyum ke arah kami di sebalik rimbunan lalang di tepi serambi. Keadaaan yang suram dan sejuk serta berkabus menyukarkan lagi pandangan kami untuk melihat dengan lebih jelas. Namun pada penggamatan kami dan naluri hati, itu adalah arwah wan.. Masyallah! Apa ni?. Itulah apa yang berlegar legar di benak fikiran saya, ini mustahil!.. Mana mungkin orang dah pergi datang kembali. keliru akan dengan keadaan, saya mula membaca beberapa potong ayat al -quran dengan bertujuan ingin menghalau entiti tersebut, kerana saya pasti itu bukan arwah wan.. Namun abang saya menghalang seraya berkata, dik.. Roh kita mungkin susah nak di lihat sebab amalan kita yang slalu menyimpang, tetapi ni wan dik.. Sambil tersenyum abang saya memberi salam dan mengangkat tangan dan terus mendoakan untuk arwah wan.

Dan seperti kebiasaan, kemunculan susuk arwah wan bukanlah berakhir pada malam itu. Keesokkan harinya, susuk yang sama muncul semakin menghampiri kami berdua, kali ini jaraknya semakin dekat berbanding semalam. Dan ianya berterusan sehingga hari yang ketiga.. Pada hari yang terakhir itulah susuk tubuh yang seperti arwah wan berdiri betul betul di hadapan kami.. Dengan senyuman, arwah wan hilang di sebalik kabus yang semakin menebal.. " tenanglah wan di sana, inshallah kita bertemu lagi".. Ni cerita hantu ke sedih ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut