Pagi tu kitorang makan nasi lemak kat luar rumah je, walaupun rumah dah terbuka luas, tapi hati kitorang kuat mengatakan kata tak nak masuk, mungkin trauma.. Tunggu family Man datang dari Sepang lama sangat, yelah nak bawak pawang hebat dari Banting kononnya.. Jam 11.30 pagi barulah family si Man datang sampai 3 kereta, semua adik bradik dia datang nak tengok sendiri agaknya..
Turun² je dari kereta pawang tu dah geleng² kepala, “rumah apa korang duduk ni..”
Sambil² tu salam dengan kitorang, kata namanya Tok Sheikh, salam² je kata semangat kitorang dah kene tarik.. Kena seru balik, aku sampai sekarang tak faham apa maksud Tok Sheikh tu.. Kitorang kena suruh masuk dalam van. Hanya Tok Sheikh dengan ayah si Man je yang masuk ke dalam..
Belum masuk, baru kat pintu grill, radio yang plugnya aku dah cabut tiba² terpasang kuat menyebabkan adik bradik si Man bertempiaran lari masuk ke dalam kereta.. Dah la lagu India, mungkin masa thr raga kot, ntah la aku pun tak tau.. Dengan radio kuat bunyi pun dah lari, bayangkn kalau tahu yang radio tu plugnya tak bersambung..mmmm..
Lama jugak Tok Sheikh kat dalam rumah tu, ayah si Man hanya tengok dari luar sebab dia pun aku rasa dah goyang lepas cuba matikan radio tapi plug tak bersambung.. Dalam van semua tekunci mulut, anak² buah si Man yang kecik² semua ketakutan. Apalah kes² macam ni bawak anak² kecik pulak. Tak pasal² budak² tu sekali trauma.. Tak lama pastu aku tengok Tok Sheikh keluar sambil menjinjing anak patung beruang yang coklat besar tu, mahu je mata aku tejojol keluar tengoknya..
Mana tak nya, kitorang bertiga sendiri yang buangnya semalam siap masukan dalam plastik sampah hitam pastu ikat.. Masukan dalam tong sampah kat depan rumah, Man dan Wan aku tengah tido² ayam aku cuit suruh tengok apa yang Tok Sheikh jinjing tu.. Wan hanya mengucap je macam tak percaya, Man pulak terus meluru pergi tong sampah tengok ada tak anak patung tu dekat dalam tong sampah..
Dia jerit² panggil aku, ada la kat dalam ni, tu yang lain.. Aku belari tengok. Ya betul ada, jadi aku ambik dan buka la plastik tu, tapi aku tekejut sebab berat. Aku check kat dalam tu bukannya anak patung yang ada tapi tu hanya batu-bata yang aku gunakan untuk menyanggah pintu² bilik supaya tak tertutup dengan baju² kotor kitorang yang letak dalam bilik air.. Aku tak boleh nak cakap apa dah.. Macam mana boleh dalam tu pulak..
Tok Sheikh datang² kat kitorang marah² sebab tak buang anak patung ni. Aku dah tak tau nak cakap apa² dah, semua Man yang jawab.. Waktu tu jugak Tok Sheikh tu pagar rumah kitorang, tabur garam kasar dan air penawar ke apa ntah.. Sambil² tu family Man beli makanan kat restoran dan buat kenduri kat umah kitorang tu. Buat kenduri kesyukuran masuk rumah baru..
Tiba² rasa lapang umah tu, tak ada la gangguan macam malam semalam.. Kitorang berharap semua dah settle, sebab esok isnin, adik bradik si Man semua balik kecuali ayah dengan maknya yang dah pencen.. Yelah diorang nak pastikan betul² selamat, lepas tu diorang pun risau dengan keselamatan anak diorang..
Hari Ahad ke Isnin tu tak ada apa² berlaku, aku yang mula ragu² sekarang dah mula rasa selamat.. Sampailah hari Khamis siang ayah dengan Mak si Man duduk kat umah tu, langsung tak ada perkara pelik berlaku lagi.. Jadi Khamis petang tu mak ayah si Man nak balik, tapi sebab fikirkan dah jam 6 petang masa tu, hujan lebat pulak tu, ayah si Man tak confident nak drive kereta balik Sepang walaupun dekat je.. Dah berusia, mata pun tak berapa terang..