Memaparkan catatan dengan label Rumah Sewa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah Sewa. Papar semua catatan

29 November 2013

Kisah Seram Misteri Puaka Rumah Sewa

Pagi tu kitorang makan nasi lemak kat luar rumah je, walaupun rumah dah terbuka luas, tapi hati kitorang kuat mengatakan kata tak nak masuk, mungkin trauma.. Tunggu family Man datang dari Sepang lama sangat, yelah nak bawak pawang hebat dari Banting kononnya.. Jam 11.30 pagi barulah family si Man datang sampai 3 kereta, semua adik bradik dia datang nak tengok sendiri agaknya..
Turun² je dari kereta pawang tu dah geleng² kepala, “rumah apa korang duduk ni..”

Sambil² tu salam dengan kitorang, kata namanya Tok Sheikh, salam² je kata semangat kitorang dah kene tarik.. Kena seru balik, aku sampai sekarang tak faham apa maksud Tok Sheikh tu.. Kitorang kena suruh masuk dalam van. Hanya Tok Sheikh dengan ayah si Man je yang masuk ke dalam..

Belum masuk, baru kat pintu grill, radio yang plugnya aku dah cabut tiba² terpasang kuat menyebabkan adik bradik si Man bertempiaran lari masuk ke dalam kereta.. Dah la lagu India, mungkin masa thr raga kot, ntah la aku pun tak tau.. Dengan radio kuat bunyi pun dah lari, bayangkn kalau tahu yang radio tu plugnya tak bersambung..mmmm..

Lama jugak Tok Sheikh kat dalam rumah tu, ayah si Man hanya tengok dari luar sebab dia pun aku rasa dah goyang lepas cuba matikan radio tapi plug tak bersambung.. Dalam van semua tekunci mulut, anak² buah si Man yang kecik² semua ketakutan. Apalah kes² macam ni bawak anak² kecik pulak. Tak pasal² budak² tu sekali trauma.. Tak lama pastu aku tengok Tok Sheikh keluar sambil menjinjing anak patung beruang yang coklat besar tu, mahu je mata aku tejojol keluar tengoknya..

Mana tak nya, kitorang bertiga sendiri yang buangnya semalam siap masukan dalam plastik sampah hitam pastu ikat.. Masukan dalam tong sampah kat depan rumah, Man dan Wan aku tengah tido² ayam aku cuit suruh tengok apa yang Tok Sheikh jinjing tu.. Wan hanya mengucap je macam tak percaya, Man pulak terus meluru pergi tong sampah tengok ada tak anak patung tu dekat dalam tong sampah..

Dia jerit² panggil aku, ada la kat dalam ni, tu yang lain.. Aku belari tengok. Ya betul ada, jadi aku ambik dan buka la plastik tu, tapi aku tekejut sebab berat. Aku check kat dalam tu bukannya anak patung yang ada tapi tu hanya batu-bata yang aku gunakan untuk menyanggah pintu² bilik supaya tak tertutup dengan baju² kotor kitorang yang letak dalam bilik air.. Aku tak boleh nak cakap apa dah.. Macam mana boleh dalam tu pulak..

Tok Sheikh datang² kat kitorang marah² sebab tak buang anak patung ni. Aku dah tak tau nak cakap apa² dah, semua Man yang jawab.. Waktu tu jugak Tok Sheikh tu pagar rumah kitorang, tabur garam kasar dan air penawar ke apa ntah.. Sambil² tu family Man beli makanan kat restoran dan buat kenduri kat umah kitorang tu. Buat kenduri kesyukuran masuk rumah baru..

Tiba² rasa lapang umah tu, tak ada la gangguan macam malam semalam.. Kitorang berharap semua dah settle, sebab esok isnin, adik bradik si Man semua balik kecuali ayah dengan maknya yang dah pencen.. Yelah diorang nak pastikan betul² selamat, lepas tu diorang pun risau dengan keselamatan anak diorang..

Hari Ahad ke Isnin tu tak ada apa² berlaku, aku yang mula ragu² sekarang dah mula rasa selamat.. Sampailah hari Khamis siang ayah dengan Mak si Man duduk kat umah tu, langsung tak ada perkara pelik berlaku lagi.. Jadi Khamis petang tu mak ayah si Man nak balik, tapi sebab fikirkan dah jam 6 petang masa tu, hujan lebat pulak tu, ayah si Man tak confident nak drive kereta balik Sepang walaupun dekat je.. Dah berusia, mata pun tak berapa terang..

Misteri Gangguan Roh Wanita Di Rumah Sewa Shah Alam

Kiriman FANS. ( Amirul Ahmad )

Seperti satu kebiasaan, rumah sewa yang sepatutnya mahal, tiba-tiba menjadi murah sering dikaitkan dengan kejadian yang menyeramkan.
Ini kerana tuan rumah seperti terdesak untuk mencari penyewa tanpa memaklumkan perihal yang berlaku di rumah tersebut. Seperti yang berlaku di Syeksyen 2 Shah Alam. 
Namun difahamkan rumah sewa di Shah Alam sebenarnya tidak benar seperti yang didakwa oleh pemilik dan jiran terdekat. Jom ikuti kisah di bawah ini.

“Abang dah jumpa rumah yang sesuai untuk kita. Kalau tak ada masalah, hujung bulan ni kita pindah. Rasanya sesuai untuk kita berdua. Kalau ada saudara mara yang datang pun senang sebab rumah tu besar,” ujar Amil kepada isterinya, Niza.

“Rumah kat mana bang. Senang ke saya nak pergi kerja,” tanya Niza membalas cakap suaminya.

“Di kampung seberang. Sewanya pun murah, RM400 sebulan. Rumah teres dua tingkat. Masa pusing-pusing di kampung seberang, abang ternampak papan tanda rumah untuk disewa.
Tuan rumah pun tak banyak tanya, terus sahaja setuju bila abang cakap nak sewa.
Malah dia tak minta pun dulu duit pendahuluan macam orang lain. Lagipun tak seronoklah duduk di rumah mak. Sekurang-kurangnya kita perlu berdikari,” jelas Amil bersungguh-sungguh.

Baru sebulan berkahwin, sememangnya Amil mahu hidup berdikari.
Dia tidak mahu menyusahkan keluarga mentuanya apabila tinggal bersama.
Lagipun dia perlu suasana yang tenteram kerana kerjaya sebagai pelukis membuatkan dia lebih senang berseorangan agar ilhamnya lebih kreatif.
Cukup bulan, pengantin baru ini menganbil keputusan berpindah rumah.
Biarpun keluarga mentuanya tidak berapa bersetuju tetapi selepas menjelaskan sebab-sebabnya, mereka mengizinkan tambahan pula mereka bersetuju untuk sekerap mungkin balik menjenguk keluarga mentua.

Seharian mengemas, menyebabkan Amil dan isterinya keletihan malam itu.
Dia tidur agak nyenyak tetapi malangnya mata Niza tidak juga mahu lelap.
Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dadanya rasa berdebar-debar yang alang kepalang.
Sejenak dia memusingkan tubuhnya, suaminya tidur begitu nyenyak sekali, siap berdengkur. Puas dia mengiring, kiri dan kanan, malangnya matanya tidak mahu lelap.
Sejenak Niza bangun dari perbaringannya, dia mahu minum air bagi menghilangkan dahaganya.
Semasa dia mahu meneguk air, serentak itu satu bunyi dentuman pintu agak kuat berbunyi.
Dia menjerit ketakutan. Matanya meliar. Puas dia memandang kiri dan kanan.
Puas hatinya berfikir, kenapa pintu bilik air berdentum kuat sedangkan bukan ada angin yang bertiup.
Meremang bulu romanya, segera dia minum dan bergegas naik ke tingkat atas.
Suaminya masih lagi tidur selena-lenanya. Malam itu sedikit pun dia tidak dapat melelapkan matanya.

“Kenapa mata sayang nampak sembap. Tak tidur lena ke duduk rumah baru,” gurau suaminya.

“Entahlah bang, mata Niza tak boleh lelap walaupun seketika. Rasa macam ada mata yang mengintai dan melihat apa yang kita buat. Malam tadi pun masa abang tengah nyenyak tidur, Niza turun ke bawah untuk minum air. Tak semena-mena pintu bilik air berdentum tertutup dengan sendiri. Niza rasa tak sedap hatilah bang tinggal di sini,” jelasnya.

“Ada-ada sajalah Niza ni, abang tak ada rasa apa yang ayang rasa. Agaknya ayang tak biasa lagi kot, tinggal di rumah baru. Hah! Kalau ada hantu nak kacau, kejutkan saja abang, tahu lah abang kung fu dia,” gurau Amil sambil menunjukkan gaya kung fu nya.

“Hah! Abang ingat nak keluar hari ni, ada urusan dengan Hamid. Dia nak bincang mengenai pameran lukisan secara solo dengan abang. Insyallah, kalau jadi projek ni, nampak gayanya kita berbulan madu di luar negara lah,” gurau Amil lagi bagi menyedapkan hati isterinya.

“Abang balik tak tengahari ni. Kalau balik saya nak masak lebih, nanti tak adalah nak membazir sangat.”

“Insyallah, kalau bincang habis cepat, abang balik cepat,” guraunya lagi.

Malam itu, sekali lagi Niza tidak dapat lagi melelapkan matanya. Puas dia berpusing kiri dan kanan dan ketika mahu turun ke tingkat bawah, dia nampak bayang-bayang seorang kanak-kanak kecil sedang melompat-lompat ruang tengah rumah.
Gementar hatinya.
Mana ada budak kecil tinggal di sini, fikir hatinya. Serentak itu, dia menggigil ketakutan dan pantas berlari mengunci bilik tidurnya.

Gangguan demi gangguan dialaminya setiap hari sehingga Niza jatuh sakit.
Jika hari sebelumnya dia ternampak bayang kanak-kanak melompat-lompat di ruang tamu rumah, kali ini dia terpandang satu wajah yang mengerikan. Dengan lidah yang terjelir dan rambut kusut masai, wajah mengerikan itu terus memandang dirinya. Niza meracau-racau apabila terpandang wajah hodoh itu.

Puas suaminya meminta bantuan bomoh tetapi semuanya mengaku kalah kerana rumah yang mereka duduki itu agak keras.
Seorang kawan memperkenalkan dirinya dengan Ustaz Amran.
Tiga hari tiga malam ustaz Amran mengubati isterinya dan alhamdulilah, sembuh sepenuhnya. Mengikut Ustaz Amran, roh wanita yang telah dilihat Niza telah lama berkeliaran di rumah tersebut kerana membunuh diri disebabkan tidak tahan didera suaminya.
Dia telah mengelar pergelangan tangan anak kecilnya yang berusia tiga tahun kerana tidak tahan dengan sikap suami yang main kayu tiga.

Patutlah tuan rumah segera meyewakan rumah itu kepada Amil tanpa banyak soal. Rupanya tersimpan misteri yang tidak terungkap sebelum ini.

*Wallahua`lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut